Friday, February 13, 2009

Pixelate = percubaan menghilangkan ngantuk?

Awal-awal pagi dah kena bangun, aiyakk!

Penat malam tadi ada orang ajak bergayut,ahaks! Siapa lah yang ajak aku bergayut ni?? Ada ke?? Hahaha...

So, bagi menghilangkan perasaan ngantuk yang sering bermaharajalela kat mata aku ni, aku pun mencuba pixelate. Aku pun baru try je ni, sebelum ni peroltz yang mencadangkan konsep.

Piece akan di upload pada ruangan seterusnya due to internet connection yang lembab macam siput sedut. Hahaha...

(kangen mode) --> Sebenarnya aku masih lagi sangap tak dapat wat piece kat wall lagi. Dammit! Waaaaaaaaaa...

(mabuk mode) --> Bila kaki mau baik ni? Aiyo,suda lama tarak mau baik! . Hohoho...

Wednesday, February 11, 2009

Pengalaman


Aku menyentuh isu pengalaman ni, sebabnya aku tak cukup pengalaman. Hahaha... Aku teringin nak bombing dengan writer-writer lain. Dah la planning aku masa cuti tak menjadi gara-gara aku terlibat dalam kemalangan. Graffiti Comp kat SCP pun aku tak datang. I am lack of experience.! Oh please, i want to have it before we launch our concept store. Wuwuwu...

Graffiti di atas terhasil semasa aku dengan peroltz mula-mula conteng dinding, tanpa sketching pun. Hahaha.. Bila tengok balik, memang funny. Tapi tu lah hakikatnya, bukan senang nak conteng dinding. Hahaha...

Choi@ShiNoBi, bila lagi nak ajak aku bomb?Hahaha...

Layu

Thanks kepada madnUz yang tiba-tiba telah secara tidak sengaja nya memberikan idea untuk aku mengetengahkan tentang 'Melayu'.

Aku risau dengan golongan melayu kita sekarang ni. Aku hampir-hampir tak berkata apa-apa bila melihat mereka melakukan kesalahan, aku kaku. Aku tak nak bangsa ku jadi begini. Kenapa mereka tidak memikirkan masa depan mereka?

Apakah mereka lupa kita di dunia ni hanya lah sebagai khalifah? Melayu secara lazimnya disifatkan sebagai 'Islam'. So, secara tak langsung, kena lah sedar bahawa kita ni Muslim. Ada batasan dalam segala hal, batasan yang melindungi diri kita dari perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Aku kepenatan, aku kesedihan, aku tak mampu berkata apa-apa, aku lah melayu yang layu kerana membiarkan rakan-rakanku layu di medan pertempuran jiwa mereka. Bangkitlah melayu, sedarlah diri, berpijak lah di bumi nyata!

Aku merayu kepada Melayu!

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai


Petikan dari lirik 'Layu', MaliQue Too Phat.

Penyeruan

Kepada semua crew-crew proceez, anda di minta bekerjasama lah ye. Kami perlukan jawapan dari anda untuk meneruskan agenda kita. Banyak lagi plan-plan yang kita kena jayakan bersama.

Ingat!

Unite we stand!

Together to the top!

Tuesday, February 10, 2009

Design Kad

Setelah melakukan banyak pembaharuan pada design kad, peroltz telah melakukan final 'touch up' pada design kad Proceez. Tahniah peroltz! Perbezaan yang tidak ketara tetapi perubahan 'item' dan kedudukan telah di lakukan. Design kad untuk kali ini menggunakan 2 warna tema iaitu oren dan putih, sedikit kelainan berbanding dengan warna tema Phobiaklik iaitu warna merah dan putih. Berikut merupakan design-designnya.