Thursday, November 6, 2008

Aku tak nak jadi hipokrit

Aku dah mula aktif dalam graffiti semula,so aku akan memanfaatkan apa yang dah ada ni untuk meng'upload' workpiece aku.

Dan,aku tak nak guna bahasa inggeris sangat(reduce=pengurangan penggunaan) dah dalam blog ni.

Kenapa?
Sebab aku rasa bahasa Melayu ni sangat-sangat lah universal di kalangan graph-graph writer dan rakyat-rakyat Malaysia. Semestinya lah kan.

Sayang Malaysia!!

Zaman Kebangkitan

Kenapa zaman kebangkitan?Cuba kita bayangkan,bagi seorang graph writer yang dah lama x join wat piece,pergh..memang keras tangan aku..bila aku terjumpa mamat sorang ni,bernama feet@orange,ha..dia ni punyalah bising citer pasal graph..mula2 aku wat x taw je,tapi bila lama2 fikir..aku rasa ada baiknya aku join balik..ni pun crew2 aku x taw apa cerita..ha,zaman kebangkitan dah bermula..bangkit lah proceez!

Thursday, September 18, 2008

Criticism

"Ko ada blog ke?"
"Macam artis lah kau ni!"

?????????????????

Setelah aku melancarkan blog,terdengar pula kata-kata sinis dari kawan-kawan. Mereka berpendapat hanya artis layak untuk mempunyai blog. Kenapa pula?

Mereka masih dikongkong dengan pemikiran lama,dan tak cuba untuk berfikir luar batasan. Mereka berpendapat hanya artis saja yang perlukan blog. Kenapa tidak aku mempunyai 1 blog?

Dari sudut positif, aku rasa tiada masalah. Apa-apa hal pun,aku gembira yang aku dah ada blog sendiri. Dan aku tahu yang aku boleh berkongsi pelbagai perkara dengan semua orang di serata dunia!

Ha! Jadi,apa pendapat korang?

Lu fikir la sendiri!

Wednesday, September 17, 2008

Peroltz have such a talent!

Perotz express it on this cube, the love to art world.

Phobiaklik, my idol..

Phobiaklik, the official team writers for Adidas Malaysia. Respect!

Introduction

proceez?
Mungkin anda macam pernah dengar?mungkin tidak?
Bagi sahabat-sahabat handai kami,tak mustahil lah jikalau mereka kenal kami. Tetapi sekarang kami yang akan mengenalkan diri kami kepada anda.

proceez bukan lah sejenis makanan, bukan juga sejenis minuman, tetapi ianay di hasilkan dengan secukup rasa. Perasa seni dalam diri kami.

proceez adalah gabungan perkataan:
1. process =
proses
2. proceed = penerimaan

process + proceed = proceez

Idea tercetus daripada saya (Faiz) dan sahabat iaitu Fahrul. Kami berkongsi minat yang sama iaitu seni. Minat kami turut di kongsi bersama-sama sahabat lain iaitu Fadh, Ezreen dan juga Fauzan.

Minat saya terhadap seni telah bermula sejak tahun 2002, semasa berada di hostel. Semasa itu, seorang 'graph writer' telah muncul di Batu Pahat dan di beri nama Baby@Bee yang kini mempunyai klik bernama Phobiaklik. Dari situ, bermula segala-galanya. Saya telah melatih tangan untuk melakukan 'tagging' berkonsepkan 'tag' sparkling kepunyaan Baby. Dan berkembang menjadi penulisan graffiti beberapa bulan selepasnya.

Fahrul pula memang meminati seni sejak kecil. Bakatnya dalam bidang seni memang tidak di sangkal lagi. Sehingga sekarang, dia telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang 'Art and Design', melambangkan betapa minatnya dia terhadap dunia seni.

Kami bertemu di Mrsm pada 2004. Dan berpeluang menubuhkan proceez pada 2005. Sehingga kini, kami sedang merancang sesuatu. Nak tahu? Nantikannya..